slot iklan leadboard

16 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Vending Machine @ Mesin Layan Diri Di Jepun

slot iklan atas

16 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Vending Machine @ Mesin Layan Diri Di Jepun

vending-machine-coca-cola-pertama
Vending machine atau mesin layan diri coca cola yang pertama beroperasi sepenuhnya menggunakan syling atau coin.

Terdapat lebih daripada 3.8 juta vending machine atau mesin layan diri di Jepun. Tetapi bukanlah semuanya menawarkan produk coca cola, tetapi terdapat fakta-fakta dan sejarah menarik tentang vending machine atau mesin layan diri yang boleh membuat anda tertarik.

slot iklan bawah

1. Terdapat lebih 3.8 juta vending machine atau mesin layan diri di Jepun.
Dari jumlah ini, 2.2 juta vending machine atau mesin layan diri menawarkan minuman bergas atau soft drinks.

2. Vending machine atau mesin layan diri sudah beroperasi di Jepun lebih 50 tahun.
Anggaran 980,000 vending machine atau mesin layan diri yang dimiliki oleh syarikat coca cola. ( coca cola merupakan pemasar vending machine atau mesin layan diri yang menawarkan minuman bergas atau soft drink terbesar di jepun). Vending machine atau mesin layan diri coca cola yang pertama mula beroperasi pada tahun 1962 apabila system mengenalkan mesin yang mengeluarkan minuman bergas dalam botol secara domestik. Syarikat coca cola mempunyai matlamat yang tinggi untuk membekalkan minuman mereka (Coca-Cola) ‘pada bila-bila masa, di mana saja, kepada sesiapa sahaja,’. Setengah abad kemudian, hasil matlamat tinggi mereka dapat dilihat di setiap sudut di Jepun.

3. Vending machine atau mesin layan diri di Jepun dapat memberitahu lokasi anda.
Sejak 2005, semua vending machine atau mesin layan diri di Jepun dilengkapi dengan stiker yang menyatakan alamat mesin tersebut. Dalam kerjasama syarikat pengeluaran vending machine atau mesin layan diri dengan pihak polis dan jabatan bomba, stiker ini memudahkan maklumbalas dan serta-merta dapat mengesan lokasi jika berlaku sebarang bencana, kemalangan, atau kecemasan lain. Selain itu, anda dapat menggunakannya sekiranya anda sesat.

4. Vending machine pertama di dunia telah dicipta pada zaman Mesir purba pada 215 SM.
Vending machine atau mesin layan diri ini menjual ‘holy water’ di kuil di Alexandria. Dengan menggunakan prinsip tuas, berat 5 keping duit syiling drachma akan condongkan bekas yang dalam mesin dan paip yang akan mencurahkan air sehingga bekas itu kembali ke kedudukan asalnya. Walaupun vending machine atau mesin layan diri tersebut sudah tiada, Heron dari Alexandria merekod kewujudan mesin ini dalam Pneumatika beliau.

mesin layan diri yang tertua di dunia (petikan dari buku)

5. Vending machine atau mesin layan diri yang pertama dipatenkan menjual setem.
Pada 1857, seorang Inggeris bernama, Simeon Denham mencipta vending machine atau mesin layan diri yang menjual setem. Mesin ini merupakan vending machine atau mesin layan diri dipaten yang pertama.

6. Vending machine atau mesin layan diri “bantuan bencana” yang menjual minuman keras pada waktu bencana.
Vending machine atau mesin layan diri ini pertama kali dipasang di Jepun pada tahun 2003 oleh syarikat Cola-Cola. Dikawal dari jauh menggunakan rangkaian komunikasi, minuman keras diagih secara percuma pada waktu bencana. Semasa gempa bumi terbesar di timur Jepun, contohnya, banyak minuman bergas diagih secara percuma. Keseluruhan vending machine atau mesin layan diri ini dilengkapi sama ada bateri simpanan atau independent electricity generation systems, yang membolehkan mesin ini beroperasi semasa bekalan elektrik terputus. Semasa December 2011, syarikat Coca-Cola telah memasang sebanyak 6,000 vending machine atau mesin layan diri ini keseluruhannya. Mesin ini terutamanya dipasang di gimnasium sekolah , hospital dan kemudahan awam yang lain yang digunakan sebagai tapak pemindahan di masa-masa kecemasan .

vending-machine-mesin-layan-diri-jepun-kenshou

Vending machine atau mesin layan diri “bantuan-kecemasan” (kiri) dan vending machine atau mesin layan diri yang dilengkapi papan notis di Rausucho, Hokkaido (kanan). Vending machine atau mesin layan diri yg dilengkapi papan notis memaparkan pesanan secara elektronik dari pihak berkuasa perbandaran dan wilayah, pada waktu-waktu kecemasan. Kedua-dua jenis vending machine atau mesin layan diri bukan sahaja menjual minuman keras, tapi berfungsi sebagai sebahagian daripada infrastruktur masyarakat. Ini adalah salah satu manfaat yang tersembunyi pada vending machine atau mesin layan diri.

7. Jualan tahunan dari vending machine atau mesin layan diri di Jepun melebihi 5 billion yen.
Itu sama dengan $40 juta! Minuman bergas mencatat sebanya 1,913,357,300 yen (bersamaan $16 juta). Sebahagian dari jualan vending machine atau mesin layan diri disumbangkan untuk aktiviti sosial , memainkan peranan penting dalam infrastruktur sosial Jepun.
8. Penggunaan kuasa vending machine atau mesin layan diri menurun sebayak 70% dalam tempoh 20 tahun.
walaupun vending machine atau mesin layan diri amat menyenangkan, mesin ini mengunakan bnyak tenaga elektrik. Oleh itu, Japan Vending Machine manufacturers association mula mencipta penjimat-tenaga. Antara 1991-2012 mereka Berjaya mengurangkan penggunaan tenaga tahunan bagi setiap tin dan botol minuman vending machine atau mesin layan diri lebih dari 70%.

vending machine mesin layan diri

Vending machine atau mesin layan diri dilengkapi panel solar boleh menjana tenaga sendiri. System ini amat berharga pada waktu kecemasan.

9. Banyak vending machine atau mesin layan diri menggantikan produk berdasarkan permintaan pengguna.
Dikenali sebagai “penyaman zon’, ini ialah satu daripada bnyak kaedah yang diguna untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dari vending machine atau mesin layan diri ini. “penyaman zon” hanya mengagih minuman yg akan disejukkan sebelum diagihkan, berbeza dari menyejukkan produk dalam mesin seperti peti sejuk. Mesin menentukan jumlah produk yang akan disejukkan menggunakan system on-board computer berdasarkan tempoh masa tertentu. Majority vending machine atau mesin layan diri tin dan botol minuman dilengkapi dengan system ini pada hari ini.
10. Sesetengah vending machine atau mesin layan diri menggunakan haba yang dihasilkan semasa penyejukan produk untuk memanaskan produk lain.
Fungsi ini dikenali sebagai “pam haba” yang juga dicipta untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Haba yang dihasilkan semasa proses penyejukan dikitar semula untuk memanaskan produk lain.
11. Vending machine atau mesin layan diri yang lain tidak menggunakan elektrik pada waktu malam.
Vending machine atau mesin layan diri yang terbaru dari coca cola (Ecoru/solar vending machine) menjimatkan bnyak tenaga. Panel solar dipasang di atas vending machine atau mesin layan diri menjana elektrik pada waktu siang. Tenaga yang tersimpan, digunakan pada waktu malam dan tidak langsung menggunakan tenaga elektrik. Tambah pula, vending machine atau mesin layan diri ini memaparkan lampu LED, yang digunakan bersama sensor. Lampu hanya menyala apabila pembelian sedang berlangsung.

Ecoru/Solar Vending Machine tidak menggunakan tenaga elektrik untuk pencahayaan waktu malam.

12. Sejumlah vending machine atau mesin layan diri dari Coca-Cola mendermakan sebahagian daripada pendapatan.
Pendapatan dari vending machine atau mesin layan diri membantu dalam banyak inisiatif termasuk, aktiviti serantau alam semulajadi dikekalkan, kumpulan sivik dan NPO, inisiatif untuk melindungi dan menghijaukan hutan, penyelidikan rawatan untuk kanser kanak-kanak dan meningkatkan kualiti hidup pesakit dan sokongan kebajikan sosial.

13. ‘Peak Shift Vending Machines’ atau mesin layan diri Coca-Cola menggunakan separuh daripada elektrik dari kipas elektrik.

Vending machine atau mesin layan diri yang terdahulu akan menyejukkan produk mereka pada waktu siang apabila permintaan untuk elektrik berada pada kemuncak. Sekarang, penyejukan padat pada waktu malam hanya apabila ada lebihan elektrik digabungkan dengan prestasi penebat haba unggul membolehkan vending machine atau mesin layan diri menyediakan produk sejuk untuk lebih dari 12 jam tanpa menggunakan elekrtik. Dengan menyejukkan produk pada waktu malam, penggunaan elektrik pada waktu siang menurun sebanyak 5% dari vending machine atau mesin layan diri yang terdahulu. Ini bersamaan kurang dari separuh penggunaan elektrik oleh kipas elektrik.

“Peak Shift Vending Machine” atau mesin layan diri menunjukkan pengurangan yang ketara dalam penggunaan elektrik.

14. Pekerja yang menukar stok produk vending machine atau mesin layan diri juga dapat mencegah jenayah dari berlaku dan mengekalkan keselamatan penduduk.
Jika mereka ternampak sebarang aktiviti yang mencurigakan atau melihat seseorang yang memerlukan pertolongan, pekerja Coca-Cola ini akan menghubungi pihak polis, jabatan bomba atau memberi pertolongan.
15. Sesetengah vending machine atau mesin layan diri terlibat dalam kajian ekologi untuk Okinawa Rail (sepsis burung).
Di utara pusat Okinawa, sejumlah vending machine atau mesin layan diri Coca-Cola terlibat dalam kajian ekologi untuk Okinawa Rail, sejenis sepsis burung yang terancam dan monumen asli Jepun.

Vending machine atau mesin layan diri merekod panggilan Okinawa Rail untuk kajian ekologi.

16. U.S. memiliki paling banyak vending machine atau mesin layan diri di dunia. Jepun merupakan kepadatan terbanyak.
Pada penghujung tahun 2010, terdapat lebih dari 6.9 juta vending machine atau mesin layan diri di United States. Merupakan jumlah terbesar dari negara lain di dunia. Tetapi, apabila populasi dan tanah diambil kira, Jepun memiliki kepadatan vending machine atau mesin layan diri yang terbesar.

Facebook.com/vendingexpert

slot iklan bawah
0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments