slot iklan leadboard

Top 10 Prestasi Amanah Saham Yang Terbaik Di-Malaysia 2015

slot iklan atas

WANG BERGANDA.  Ini bukan sesuatu yang magik.  Bukan juga sesuatu yang boleh diperoleh dengan menggunakan khidmat si bomoh.  Hakikatnya, walau bagaimana cara sekali pun, anda tidak mungkin akan dapat menggandakan wang anda dalam sekelip mata. Menggandakan atau mengembangkan wang bermaksud menggunakan wang yang anda ada dan menjadikannya lebih banyak.  Dengan hanya menyimpan dalam bank-bank tempatan, anda akan mengambil masa yang agak lama untuk menggandakan wang anda memandangkan faedah ke atas simpanan yang diberi oleh pihak bank sendiri adalah pada kadar yang sangat rendah.   Justeru, anda perlu bijak memilih instrumen yang paling baik untuk anda berupaya menggandakan wang anda..

Sekadar perkongsian , Contoh pelaburan Saham Amanah yang saya sendiri invest pada tahun lepas Ogos 2015 , sehingga Feb 2016 telah memberi pulangan kepada saya sebanyak 8% dalam tempoh 6 bulan sahaja!

slot iklan bawah

.2016-01-06_22.06.46 (1)

Tentu ada yang tertanya-tanya, mengapa anda perlu menggandakan wang anda?  Tak cukup kah dengan apa yang ada? Maka jawab saya, anda perlu pandang ke hadapan. Pandang 5 atau 10 tahun ke hadapan.  Bahkan tidak salah jika anda melihat ke hadapan dan membayangkan keadaan anda di kala usia anda mencapai 55 tahun.  Anda perlu merancang pendidikan anak-anak, perbelanjaan ketika persaraan agar ia mencukupi, keperluan terhadap wang di saat tak terduga, untuk bebas daripada pinjaman perumahan atau pinjaman kereta di saat anda sudah bersara dan sebagainya.Tak kan lah nak bekerja sampai umur 70 tahun? mungkin umur 50 atau lebih awal patut bersara .  Anda juga perlu untuk menggandakan wang yang ada demi kehidupan yang lebih selesa dan untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik pada masa hadapan

IMG-20160222-WA0024

Jangan lupa inflasi setiap tahun bakal memakan nilai wang anda pada ketika ini jika anda tidak pandai membuat pelaburan keatas wang yang anda milik sekarang. Nak mudah faham RM10,000 pada hari ini 22 Feb 2016 berapakah nilai nya pada 22 Feb 2036 iaitu 20 tahun akan datang?? Ya amaun nya sama masih RM10,000 dari segi angka tapi tidak dari segi kuasa nilai kuasa beli seperti RM5000 shj mungkin lebih rendah . Teh O Tahun 1996 di kedai mamak RM90 sen tapi sekarang RM1.80 peningkatan 100% dalm tempoh 20 tahun bersamaan 5% setahun , inilah yang dinamakan inflasi! nilai wang anda ditelan zaman!

Kini terdapat beberapa alternatif atau kaedah yang anda boleh pilih untuk menggandakan wang simpanan anda tadi, sebagai contoh melakukan pelaburan dalam ASB, hartanah, pelaburan emas, saham amanah, dan sebagainya.

Hot!! Berikut adalah prestasi Saham Amanah Yang Terbaik untuk tahun berakhir 2015 yang boleh anda pertimbangkan untuk membuat simpanan dalam salah satu dana amanah dibawah ini..

IMG-20160222-WA0015

slot iklan bawah
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd Hafiz
Mohd Hafiz
7 years ago

Saya perlukan nasihat dari pihak tuan berkaitan pelaburan terbaik masa kini.