slot iklan leadboard

Datuk Seri Vida Tetap Mahukan Jersi TRW Merah Jambu

slot iklan atas

51453100461_DatukSeriVida

NAMA Datuk Seri Vida terus mendapat perhatian gara-gara isu penajaan untuk pasukan bola sepak Kelantan.

slot iklan bawah

Jika semalam Tan Sri Annuar Musa, presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendedahkan bahawa jersi utama pasukan akan tetap menggunakan warna merah, hari ini ia nampaknya menerima reaksi yang bertentangan dari Datuk Seri Vida.

Mstar Online melaporkan, pengasas Vida Beauty itu nampaknya bertegas mahukan jersi utama pasukan menggunakan warna merah jambu.

“Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah,” katanya dalam laporan itu.

Tambahnya lagi, pihak KAFA perlu berbincang dengan pengeluar dan penaja yang bertanggungjawab ke atas jersi, kerana beliau tetap dengan pendiriannya dan menganggap perkara tersebut sebagai haknya sebagai penaja utama.

images

“Saya tak peduli, Nike atau Adidas, yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini,” katanya.

Tan Sri Annuar Musa semalam menjelaskan warna merah jambu hanya akan digunakan pada jersi ketiga pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors itu (TRW).

Bagaimana pula pendapat anda? Patutkah TRW menggunakan jersi berwarna merah jambu sebagai jersi utama?

slot iklan bawah
0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments